JellyPages.com

Sunday, December 30, 2012

♥Anugerah Allah Yang Terindah♥..

Sampaikanlah kepada para WANITA.

 


1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik
daripada 70 orang wali.

2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik
daripada 70 lelaki soleh.

3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih
buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.

4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah
lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita
yang tidak hamil.

5. Wanita yang memberi minum susu kepada
anaknya daripada badannya (susu badan)
akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap
titik susu yang diberikannya.

6. Wanita yang melayani dengan baik suami
yang pulang ke rumah di dalam keadaan
letih akan mendapat pahala jihad

7. Wanita yang habiskan malamnya dengan
tidur yang tidak selesa kerana menjaga
anaknya yang sakit akan mendapat pahala
seperti membebaskan 20 orang hamba.

8. Wanita yang melihat suaminya dengan
kasih sayang dan suami yang melihat
isterinya dengan kasih sayang akan
dipandang Allah dengan penuh rahmat.

9. Wanita yang menyebabkan suaminya
keluar dan berjuang ke jalan Allah dan
kemudian menjaga adab rumahtangganya
akan masuk syurga 500 tahun lebih awal
daripada suaminya, akan menjadi ketua
70,000 maalaikat dan bidadari dan wanita
itu akan dimandikan di dalam syurga, dan
menunggu suaminya dengan menunggang
kuda yang dibuat daripada yakut.

10. Wanita yang tidak cukup tidur pada
malam hari kerana menjaga anak yang sakit
akan diampunkan oleh Allah akan seluruh
dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya
Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

11. Wanita yang memerah susu binatang
dengan "bismillah" akan didoakan oleh
binatang itu dengan doa keberkatan.

12. Wanita yang menguli tepung gandum
dengan bismillah", Allah akan berkatkan
rezekinya.

13. Wanita yang menyapu lantai dengan
berzikir akan mendapat pahala seperti
meyapu lantai di baitullah.

14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan
taat pada suami, Allah akan mengizinkannya
untuk memasuki syurga dari mana-mana
pintu yang dia suka.

15. Wanita yang hamil akan dapat pahala
berpuasa pada siang hari.

16. Wanita yang hamil akan dapat pahala
beribadat pada malam hari.

17. Wanita yang bersalin akan mendapat
pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap
kesakitan pada satu uratnya Allah
mengurniakan satu pahala haji.

18. Sekiranya wanita mati dalam masa 40
hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai
mati syahid.

19. Jika wanita melayan suami tanpa
khianat akan mendapat pahala 12 tahun
solat.

20. Jika wanita menyusui anaknya sampai
cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka
maalaikat-maalaikat di langit akan
khabarkan berita bahawa syurga wajib
baginya.

21. Jika wanita memberi susu badannya
kepada anaknya yang menangis, Allah akan
memberi pahala satu tahun solat dan puasa.


Hadis nabi mengenai wanita:
Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki
kerana sifat penyayang yang lebih kuat
daripada lelaki.Ketika ditanya kepada
Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda,

"Ibu lebih penyayang daripada bapa dan
doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".
Wallahua'lam..

Ya Allah, adakah aku ini hamba-MU yang
layak untuk merindui syurgaMu....

Saturday, December 22, 2012

Buat Kamu Disana


Dari dulu..


Di saat pertama saya mengetahui kewujudan awak, Rasa kasih,minat dan sayang saya pada awak adalah kerana satu perkara.. Iaitu ilmu yang ada pada awak dan keindahan peribadi yang awak miliki..Cukup membuatkan saya tersenyum untuk sepanjang hari..=)

Dan sehingga kini, walau hari berubah ke minggu, dimakan dek bulan dan mencecah ke tahun..Rasa sayang saya pada awak tidak pernah berubah..Kerana dengan ilmu yang ada pada awak ..Telah membuatkan rasa cinta saya pada awak ternyata semakin utuh…

Dan saban hari saya berdoa agar hubungan kita tidak pernah berakhir melainkan dengan ketentuan ilahi..Semoga Allah akan kekalkan kasih sayang ini hingga ke syurga..Yang saya inginkan hanya satu, jagalah hubungan ini dengan kemanisan Iman dan janganlah kita mengadaikan maruah demi sebuah cinta yang belum pasti milik kita..

Biar kita jauh dari mata..namun dalam hati,kita sentiasa ada..saling bersatu dalam doa..Atas restu Allah ku ingin milikimu..Ku berharap kau menjadi yang terakhir untukku…  
Kepada Mu Allah, ku mohon segalanya....

Amin!!!


Tuesday, November 27, 2012

Pengajaran Untuk Hari Ini.....
 
 Jangan mudah percaya dengan ssorang yg baru kita kenal..pertemuan pertama mugkin si dia menunjukkan perangai yang agak baik,bersopan santun,peramah,caring,loving dan semua ciri2 lelaki idaman ada kt si dia..
bila dah kenal 2,3 bulan dan bertahun - tahun..si dia mula menunjukkan 
perangai dirinya yang sebenar...
tu belum kahwin lagi..kalau dah kahwin xtaw le cmne ...

so!!! moral disini jangan terlalu percayakan ssorg itu sepenuhnya..bukan x boleh pcye tp jangan letakkan kpercayaan kpd si dia 100% Ok!!! 


Saturday, November 10, 2012

~ Cintanya Awan Pada Hujan ~



 




“Hujan, tolong jangan pergi...” Kata Awan..

“Awan..., ada waktunya melepaskan itu lebih baik. Aku tidak sanggup melihatmu menanggung beban di dadamu hanya kerana tidak ingin aku pergi.”..Kata Hujan 

“Tapi aku masih mampu...” Kata Awan.. 

Hujan tersenyum sambil berkata “Ya, mungkin kau masih mampu. Tapi sampai bila kau akan mampu bertahan?..” Awan terdiam.... 

“Aku harus patuh pada perentah Tuhan. Dan kau pun harus akur pada takdirNya. Dia tahu betapa beratnya kau menanggung beban, kerana itu Dia perintahkan aku untuk turun ke bumi membasahi hamparan ciptaanNya yang Maha Agong menyejukkan tanah-tanah gersang yang lebih memerlukan aku daripada kau perlukan aku.” Kata Hujan... 

Didada Awan semakin sedih, kesedihan itu membuatkan jiwa Awan terlalu mendung... 

“Wahai Awan..Sungguh, kadang-kadang melepaskan itu lebih baik walaupun saat itu terasa begitu berat sekali. Tapi, Allah kan ada? Mengapa mahu bersedih?” Kata Hujan pada Awan...Hujan sebak menahan perasaan.... 

“Pergilah kau Hujan. Aku rela demi Tuhanku dan Tuhanmu Hanya demi Tuhanku aku redha..Terima kasih Hujan. Mendengar kata-katamu, aku lebih mengenal siapa diriku.” Kata Awan....

 “Allahuuuuuu Rabbiiiiiiiiiiiiiii Selamat tinggal wahai Awan. Doakan aku bermanfaat untuk mereka yang lain... Allahuakbar!!!!!!!!” Jerit Hujan bersama guruh berdentum kuat... 

Airmata Awan jatuh tanpa henti-henti kerana tersedar kembali lalu insaf kerana selama ini cintanya pada Hujan melebihi cinta pada Ilahi. Hujan pun turun bersama air mata. Sakit. Saat melepaskan. Tapi Allah lebih tahu segalanya. Perasaan ini hanya sementara. Mungkin Langit tidak akan mengerti akan kesakitan Awan dan Hujan. Langit hanya menyaksikan. Tapi belum tentu Langit itu faham pengorbanan. 

 Awan, Hujan menghadiahkanmu Pelangi yg Cerah. Kamu lihat bukan? Subhananllah......



 

Kadang - kadang Allah sembunyikan matahari...
Dia Datang hujan dan petir..
Puas kita menangis mencari kemana hilangnya matahari itu..
Rupanya  - rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah untuk kita...
^ _^




p/s: janganlah bersedih jika kita kehilangan sesuatu..Disebalik perancangan Allah itu adalah yg tebaik!!!!!!!