JellyPages.com

Sunday, October 6, 2013

“Promise Yourself"



To be so strong that nothing
can disturb your peace of mind.
To talk health, happiness, and prosperity
to every person you meet.

To make all your friends feel
that there is something in them
To look at the sunny side of everything
and make your optimism come true.

To think only the best, to work only for the best,
and to expect only the best.
To be just as enthusiastic about the success of others
as you are about your own.

To forget the mistakes of the past
and press on to the greater achievements of the future.
To wear a cheerful countenance at all times
and give every living creature you meet a smile.

To give so much time to the improvement of yourself
that you have no time to criticize others.
To be too large for worry, too noble for anger, too strong for fear,
and too happy to permit the presence of trouble.

To think well of yourself and to proclaim this fact to the world,
not in loud words but great deeds.
To live in faith that the whole world is on your side
so long as you are true to the best that is in you.”

~ Sabar Wahai Diri..Tabahlah Wahai Hati ~


Kadang2 kita terlalu menjaga hati orang lain sedangkan hati sendiri yg sakit..Kita cuba buat yg terbaik untuk orang lain tapi kita sendiri x mampu buat yg terbaik untuk diri sendiri sehinggalah kita merasa terlalu sedih dan terlalu lemah untuk menghadapi semua ini..mereka yg melihat hanya pandai berkata tapi mereka x pernah rasa apa yg kita rasa..

BERHENTILAH mengata sesuatu yg membuatkan seseorang yg berasa sedih dan hilang sabar..tak perlu bercerita sana sini..umpama kita terlalu sempurna melihat kesalahan org lain sebagai satu hiburan..sebelum melihat kesalahan orang lain cuba lihat diri sendiri adalah kita sudah cukup baik?tak perlu cakap SAYA TAK SEMPURNA..yup..memamg! manusia tak ada yg SEMPURNA tapi kita boleh belajar jadi yg terbaik disisi Alla..

Wahai Hati..
lembutkanlah hatimu dan ikhlaslah memaafkan kesalahan orang seperti air mengalir di atas batu..bersabar dengan kerenah manusia..anggaplah dunia ini hanya pentas hiburan manusia..jagan mudah tersentuh dengan apa yg diperkatakan oleh mereka..ingat Allah sentiasa ada dengan kita..saat bersedih mengadu le kepadaNya..InsyaAllah, cahaya ketenangan akan muncul..

Hidup ini ibarat "GIVE & TAKE" ...
apa yg kita lakukan akan mendapat ganjaran, begitu juga dengan sebaliknya...jangan ingat apa yg kita dapat sekarang akan kekal menjadi milik kita selamanya, Allah maha adil..Tabahlah wahai hati, ingatlah kalau kita sabar dan berdoa supaya dihindarkan daripada hasad dengki manusia, insyaallah Allah akan tolong kita...keep smile..^__^

Surah al-Ankabut, ayat 58-59:

"Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, Kami akan tempatkan mereka dalam mahligai-mahligai di Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya. Demikianlah balasan yang sebaik-baiknya bagi orang-orang yang beramal soleh; (Iaitu) mereka yang sabar dan mereka pula berserah diri bulat-bulat kepada Tuhannya. "


Monday, September 16, 2013

Kami Satu Family ( Sahabat Tetap Di Hati )


“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.”
(Surah al-Hujurat: Ayat 13)


 Kami satu family..^_^


  Faiz & Din

Sahabat yg baik adalah sahabat yg berani membetulkan kita ketika kita berbuat kesalahan sehingga kita tidak hanyut dalam kesalahan dan dosa...

INDUKSI AJKS 2013 '''^_^''

Mirul jadi magsa Billah..saat2 yg x dapat dilupakan kursus iduksi AJKS..^^


  apa yg ditunjuk oleh adid tu??sampai abg bob nampak excted..hehe..


Berlatih nyanyi lagu warisan sempena sambutan malam mederka raya..
sweet memory...


jejaka dpp MAS!! hehe..MAS SOARING HIGH..^_^

Mengenalimu adalah 1 kesyukuran, bergurau denganmu adalah 1 kebahagiaan, menyakiti hatimu akan kuelakkan, dan 1 permintaan dariku semoga persahabatan kita abadi hingga mati memisahkan kita..



Jadilah Seorang Sahabat.

Untuk mencari seorang sahabat yang kita kehendaki, jadilah seorang sahabat yang kita ingini.

Kita terlalu impikan seorang sahabat yang baik, namun kita tidak cukup baik untuk  bersamanya.

Kita terlalu inginkan sahabat yang sudi mendengar kisah duka kita, tetapi kita tidak hiraukan kisah duka orang lain.

Kita harapkan seseorang yang dapat membimbing kita, namun pabila ditegur kita melenting.

Bagaimana kita bisa mendapat seorang sahabat yang kita idamkan, sedangkan kita tidak layak untuk menjadi seorang sahabat..


SAHABATKU... 

"Aku Mencintai Sahabatku Dengan Segenap Jiwaku... Sahabat Yang Baik Adalah Yang Seiring Denganku Dan Menjaga Nama Baikku Ketika Aku Hidup Atau Selepas Mati... Kuhulurkan Tangan Kepada Sahabatku Untuk Berkenalan Kerana Aku Akan Merasa Senang, Semakin Ramai Sahabat, Aku Semakin Percaya Diri, Aku Selalu Berharap Mendapat Sahabat Sejati Yang Tidak Luntur Dalam Suka Atau Duka, Jika Aku Dapat... Aku Akan Setia Padanya...  



Wednesday, September 4, 2013

Untuk Awak Mr. Right...


Saya suruh awak jadi MATAHARI saya, tapi bila malam, awak akan hilang, macamana saya nak ucap Good night kat awak setiap malam?

Maka saya suruh awak menjadi BULAN saya, tapi bila pagi awak akan hilang, macamana saya nak ucap Good morning kat awak setiap pagi?

Apa kata awak jadi IMAM saya, Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dengan Isyak sentiasa ada untuk ucapkan sayang awak pada saya. Tak termasuk Dhuha lagi.........

Tuesday, August 13, 2013

Alhamdulillah....

Syukur Alhamdulillah 
segala urusan dipermudahkan..11.08.2013 iaitu 4 syawal berlansungnya majlis pertunanganku..moga Allah permudahkan segalanya hingga ke alam perkahwinan..sujud syukur padaMU Ya Allah.....

Dalam doaku... 
Ya Allah!!Sesungguhnya kami memohon kepada Mu kasih sayangMu dan kasih sayang orang yang menyintai Mu dan amalan yang membawa kepada menyintai Mu. Ya Allah! Jadikanlah cinta kami kepada MU lebih daripada cinta kami kepada keluarga dan diri kami dan daripada air yang menyejukkan..
 Harapanku kepadaMu Ya Allah.....

Ya Allah!! Permudahkan bagiku untuk mendapatkan suami yang soleh,bertakwa, bersopan santun, meminang dan mengahwiniku serta menyayangi ku dengan penuh kasih sayang kerana Allah dan aku menyintainya dengan cinta yang mendalam kerana Allah. Dan dia jujur pada ku di dunia dan di akhirat dan janganlah engkau tinggalkan aku kesorangan. Sesungguhnya engkaulah sebaik-baik pewaris.

 Thanks For Everything......

Monday, July 29, 2013

Selamat Datang Ke Alam Dunia...



 NUR ALEEYA HUSNA!!!cantik kan nama my nephew..baby gurl nie dilahirkan pada 6.6.2013 iaitu pada bulan rejab..apa yang paling menarik tarikhnya jatuh  pada hari yang istimewa iaitu hari Isra' Mikra..hehehe..moga Aleeya jadi ank yg solehah kepada ayah dan ibu...

Baby gurl nie sepatutnya dijangka dilahirkan pada 26.5.2013 tapi aleeya xnak keluar lagi sehinggakan terlepas 10 hari dari tarikh jangka yang sebenar..rupa2nya die nk tunggu taikh yang paling istimewa iaitu 6.6.2013..



 Tadaaaaa..cantik x adik ibu? nie baju mak sedara Aleeya yang beli..mak cik Aleeya suka beli baju semua colour pink sampikan riben kat kepada adik pun colour pink..hehehe..


Tengok mata adik yang besar nie ibu..cantik kan!! tapi kepala adik masih botak..bila le rambut adik nak tumbuh ibu..adik xnak botak..adik takut dengan abang Fahim..Abg Fahim suka sangat dgn kepala adik..die selalu pukul kepla adik..:( adik takut dgn abg Fahim...

Wan Izz Fahim!!!budak yg nakal ..selalu buli adik Aleeya..asal nampak je adk Aleeya mesti nak pi main kepala adik Aleeya..ishhh..bila melihat telatah ank2 saudaraku nie nak tergelak pun ada...mempunyai keunikan masing2..hehe..suka tengok development mereka..macam-macam ragam..

Hope!! anak saudaraku nie menjadi anak yg soleh n solehah kpd keluarga nanti...cayang kamu sangat2 taw...nah flying kiss untuk buah hatiku...mmmmmmuuuuuuaaahhhh3!!!!!!!!!!1

Wednesday, July 3, 2013

Habiskan Cuti Sem Bersama Anak Buah Yang Nakal.


Bila perhatikan gelagak anak buah kesayangan ku..terdetik dalam hati..adakah aku juga nakal seperti mereka semasa kecil..tersenyum melihat mereka berdua..si adik yang terlalu nakal selalu mengusik si kakak..


si adik yang nakal.

kenakalan si adik membuatkan si kakak marah..aku tergelak apabila melihat si adik memasukan mainannya ke dalam beg sekolah si kakak..bila si kakak ingin membuat kerja sekolah terlihatlah seekor ketam mainan dalam begnya..apa lagi mengamuk le si kakak..hehehe..adik terus lari mendapatkan ibu takut dikejar oleh kakaknya..adoii..nakal betol anak saudaraku...

si adik & si kakak

 Baru aku sedar..aku juga nakal seperti mereka semasa kecil..selama nie aku tidak pernah bertanya kepada mak..macamana aku semasa kecil..mak tak pernah menceritakan..ya Allah bertapa besarnya pengorbanan seorang ibu..

Ibu dan ayah merupakan insan yang paling mulia dalam kehidupan..segala jasa dan pengorbanan yang mereka curahkan sejak di alam rahim sehingga kita dilahirkan begitu besar dan tinggi nilainya..mereka juga sanggup mengorbankan nyawa dan kepentingan diri demi mengharungi pelbagai cabaran untuk masa depan anak - anak.



Monday, July 1, 2013

ISTILAH PERASAAN

SUKA - Perasaan yang wujud dalam diri semua orang. Kita akan suka pada seseorang itu jika dia telah membuatkan kita gembira atau menyenangkan hati kita walaupun orang itu belum kita kenali sepenuhnya.

MINAT - Perasaan suka yang mendalam hingga timbulnya rasa minat pada seseorang dan sebolehnya cuba mengikuti setiap perkembangan dirinya dan ingin mendekatinya.

SAYANG - Perasaan minat pada tahap luarbiasa hingga wujudnya rasa sayang dan merasa terlalu kasih pada seseorang itu hingga sanggup melakukan apa saja untuknya dan sentiasa memberi perhatian yang lebih padanya.

CINTA - Perasaan sayang yang keterlaluan hingga lahirnya rasa cinta lalu meletakkan seseorang itu di tempat yang paling istimewa dalam hatinya dan sentiasa menganggap orang itu adalah yang pertama dan terakhir dalam hidupnya. Pengertiannya terlalu suci dan luhur.

Cinta bukanlah paksaan kerana ia adalah kombinasi rasa suka, minat dan sayang.



Sunday, June 16, 2013

Kisah Antara Awak Dan Saya

Pejam celik pejam celik dah hampir lima tahun kan kita couple..saya rasa baru je semalam kita kenal..Awak!!!.awak ingat lagi tak saat mula - mula kita kenal? awak cakap awak selalu curi pandang saya masa dekat sekolah dulu..tapi saya tak perasan pun yang awak selalu pandang saya..hehe..sweet le awak nie kan..

Selama 2 tahun saya di sekolah teknik, saya tak pernah pun kenal awak sehingga saya tamat sekolah tingkatan lima..sepanjang saya di sekolah tu, saya hanya kenal nama awak je..maklumlah awak kan best students siapa tak kenal kan?tapi saya betol2 tak kenal awak, saya cuma kenal nama awak je...awak tahu tak kenapa saya boleh kenal nama awak sedangakan saya tak pernah lihat awak dekat sekolah tu..kalau awak nak tahu sebabnya kawan awak selalu cerita pasal awak semasa dalam bilik stady..mereka selalu puji awak..macam - macam cerita pasal awak..tambahan pula awak adik angkat kepada kak roomate saya..dari situ juga diorang selalu cerita pasal awak...

Bila diorang cerita pasal awak , saya selalu cakap dalam hati..untungnya siapa dapat awak..dan mungkin awak dah ada kekasih..saya cuba juga nak kenal awak..nak tengok awak macamana orangnya sehinggakan ramai yang ceritakan pasal awak..baik sangat ke awak nie sampaikan semua orang kenal..hurmm..saya cakap je tapi saya tak cari pun awak..saya sebenarnya pemalu..tak kan le saya nak cari..

Selepas tamat tingkatan lima dan keluar dari sekolah tu, saya cakap dalam hati yang awak bukan jodoh saya sehingga hari terakhir persekolahan pun saya masih belum kenal awak..saya meneruskan kehidupan saya seperti biasa..seminggu lepas tu, saya dapat panggilan dari kawan rapat saya dari sekolah yang sama..terkejut saya bila dia call bagitahu ada orang nak berkenalan..lagi terkejut bila dia cakap orang tu adalah awak..saya rasa macam tak percaya taw..saya ingat ke dia main - main..dia suruh saya berkawan dengan awak dulu tapi saya cakap saya tak nak..dia siap ugut saya lagi..kalau saya tak berkawan dengan awak, kami akan putus persahabatan..teruk kan kawan saya nie sampai macam tu sekali..huhuhu...

Akhirnya kita jadi kawan..heheh..tak percaya kan..mencintai seseorang dalam diam akhirnya menjadi kenyataan..sekarang genap lima tahun kita couple..balik cuti semester hari tu awak datang jumpa family saya tuk bagitahu yang awak memang serius dengan saya dan nak masuk meminang ..mak cakap awak seorang yang berani tak macam abang ipar saya yang lain..mereka bagitahu kakak - kakak saya dulu tentang niat mereka tapi lain dengan awak..awak jumpa terus dengan family saya ..dan 12/8/2013 nie kita akan mengikatkan tali pertunangan..:) hanya satu yang saya harapkan awaklah yang pertama dan terakhir untuk saya...

♥Jika namamu yg ditulis di Luh Mahfuz untuk diriku, nescaya rasa cinta itu akan ALLAH tanamkan dlm diri kita .. Tugas pertamaku bukan mencari dirimu tetapi mensolehahkan diriku.. Sukar untuk mencari soleh dirimu andai solehahku tidak setanding dgn kesolehan mu..Janji ALLAH pastiku pegang dlm misi mencari diri 'Lelaki yg baik untuk wanita yg baik ' ♥♥♥♥♥

Wednesday, June 5, 2013

Untuk Awak!!!!.........

Awak... 
Ya..Awak yang tengah baca ni..
Saya tahu, jauh di sudut hati awak, 
Ada rahsia yang tersimpan..
Ada tangisan yang tersembunyi..
Ada harapan yang terlukis terang..

Namun di situ, awak memilih untuk senyum..
awak bertahan dalam diam..
awak yakin dengan doa..
Tapi saya percaya di sebaliknya.. 

Awak kongsikan segalanya pada DIA yang lebih mengerti..
Awak menangis dihadapanNya yang jauh lebih memahami, 
Awak serahkan hati awak sepenuhnya..

Hanya untuk DIA Sebab itu awak nampak tabah 
dan tenang menghadapi semuanya. 
Kerana hatimu teguh bersama Pencipta..

Tapi!!!!!
Saya tak sekuat dan tak setabah awak..
Saya menangis dalam diam..
Saya tak pandai tipu awak untuk nampak gembira..
hanya mendiamkan diri cukup bagi saya untuk lupakan semua..

Hanya satu tempat membuatkan saya berasa tenang.
hanya bersama Dia cukup membuatkan saya kembali gembira..

~Thank a lot Allah because always by my side~


~S.E.P.U.T.I.H 
K.A.S.I.H~

Tuesday, June 4, 2013

Sayangnya Allah Pada Kita


2 Malaikat & Sayangnya ALLAH Pada Hambanya..


Rasulullah s.a.w. ada bersabda, katanya, 'Setiap anak Adam akan dijaga oleh dua malaikat. Malaikat yang di sebelah kanan lebih berkuasa dari yang sebelah kiri. Sekiranya seseorang anak Adam melakukan dosa maka malaikat yang di sebelah kiri akan bertanya pada malaikat di sebelah kanan katanya, 'Apakah yang harus aku catit?"

Kata malaikat di sebelah kanan, 'Jangan kamu catit dahulu dosanya sehingga ia melakukan 5 kesalahan. Malaikat yang di kiri bertanya lagi,'Kalau ia telah melakukan 5 kesalahan, apa yang harus aku catitkan?"

Jawab malaikat kanan, 'Biarkannya, sehingga ia membuat kebaikan kerana kami telah diberitahu oleh Allah s.w.t bahawa satu kebaikan akan mendapat 10 pahala. Oleh itu hapuskanlah 5 kesalahannya yang lalu sebagai tebusan dan kami masih simpankan untuknya 5 pahala lagi."


Tercenganglah syaitan mendengarkannya lalu berkata,'Kalau macam ini sampai bilakah aku dapat merosakkan anak Adam."


Demikianlah rahmat Allah pada hambanya, kasih sayangNya melimpah ruah tiada terbatas hanya hambanya saja yang lalai dan leka dengan keseronokkan serta kemewahan dunia....

 Ya Allah bertapa kerdilnya kita disisi Allah...
Allah membanggakan kita depan para malaikat yang tidak berdosa..
Subhanallah bertapa sayangnya Allah pada kita..:')