JellyPages.com

Sunday, June 16, 2013

Kisah Antara Awak Dan Saya

Pejam celik pejam celik dah hampir lima tahun kan kita couple..saya rasa baru je semalam kita kenal..Awak!!!.awak ingat lagi tak saat mula - mula kita kenal? awak cakap awak selalu curi pandang saya masa dekat sekolah dulu..tapi saya tak perasan pun yang awak selalu pandang saya..hehe..sweet le awak nie kan..

Selama 2 tahun saya di sekolah teknik, saya tak pernah pun kenal awak sehingga saya tamat sekolah tingkatan lima..sepanjang saya di sekolah tu, saya hanya kenal nama awak je..maklumlah awak kan best students siapa tak kenal kan?tapi saya betol2 tak kenal awak, saya cuma kenal nama awak je...awak tahu tak kenapa saya boleh kenal nama awak sedangakan saya tak pernah lihat awak dekat sekolah tu..kalau awak nak tahu sebabnya kawan awak selalu cerita pasal awak semasa dalam bilik stady..mereka selalu puji awak..macam - macam cerita pasal awak..tambahan pula awak adik angkat kepada kak roomate saya..dari situ juga diorang selalu cerita pasal awak...

Bila diorang cerita pasal awak , saya selalu cakap dalam hati..untungnya siapa dapat awak..dan mungkin awak dah ada kekasih..saya cuba juga nak kenal awak..nak tengok awak macamana orangnya sehinggakan ramai yang ceritakan pasal awak..baik sangat ke awak nie sampaikan semua orang kenal..hurmm..saya cakap je tapi saya tak cari pun awak..saya sebenarnya pemalu..tak kan le saya nak cari..

Selepas tamat tingkatan lima dan keluar dari sekolah tu, saya cakap dalam hati yang awak bukan jodoh saya sehingga hari terakhir persekolahan pun saya masih belum kenal awak..saya meneruskan kehidupan saya seperti biasa..seminggu lepas tu, saya dapat panggilan dari kawan rapat saya dari sekolah yang sama..terkejut saya bila dia call bagitahu ada orang nak berkenalan..lagi terkejut bila dia cakap orang tu adalah awak..saya rasa macam tak percaya taw..saya ingat ke dia main - main..dia suruh saya berkawan dengan awak dulu tapi saya cakap saya tak nak..dia siap ugut saya lagi..kalau saya tak berkawan dengan awak, kami akan putus persahabatan..teruk kan kawan saya nie sampai macam tu sekali..huhuhu...

Akhirnya kita jadi kawan..heheh..tak percaya kan..mencintai seseorang dalam diam akhirnya menjadi kenyataan..sekarang genap lima tahun kita couple..balik cuti semester hari tu awak datang jumpa family saya tuk bagitahu yang awak memang serius dengan saya dan nak masuk meminang ..mak cakap awak seorang yang berani tak macam abang ipar saya yang lain..mereka bagitahu kakak - kakak saya dulu tentang niat mereka tapi lain dengan awak..awak jumpa terus dengan family saya ..dan 12/8/2013 nie kita akan mengikatkan tali pertunangan..:) hanya satu yang saya harapkan awaklah yang pertama dan terakhir untuk saya...

♥Jika namamu yg ditulis di Luh Mahfuz untuk diriku, nescaya rasa cinta itu akan ALLAH tanamkan dlm diri kita .. Tugas pertamaku bukan mencari dirimu tetapi mensolehahkan diriku.. Sukar untuk mencari soleh dirimu andai solehahku tidak setanding dgn kesolehan mu..Janji ALLAH pastiku pegang dlm misi mencari diri 'Lelaki yg baik untuk wanita yg baik ' ♥♥♥♥♥

Wednesday, June 5, 2013

Untuk Awak!!!!.........

Awak... 
Ya..Awak yang tengah baca ni..
Saya tahu, jauh di sudut hati awak, 
Ada rahsia yang tersimpan..
Ada tangisan yang tersembunyi..
Ada harapan yang terlukis terang..

Namun di situ, awak memilih untuk senyum..
awak bertahan dalam diam..
awak yakin dengan doa..
Tapi saya percaya di sebaliknya.. 

Awak kongsikan segalanya pada DIA yang lebih mengerti..
Awak menangis dihadapanNya yang jauh lebih memahami, 
Awak serahkan hati awak sepenuhnya..

Hanya untuk DIA Sebab itu awak nampak tabah 
dan tenang menghadapi semuanya. 
Kerana hatimu teguh bersama Pencipta..

Tapi!!!!!
Saya tak sekuat dan tak setabah awak..
Saya menangis dalam diam..
Saya tak pandai tipu awak untuk nampak gembira..
hanya mendiamkan diri cukup bagi saya untuk lupakan semua..

Hanya satu tempat membuatkan saya berasa tenang.
hanya bersama Dia cukup membuatkan saya kembali gembira..

~Thank a lot Allah because always by my side~


~S.E.P.U.T.I.H 
K.A.S.I.H~

Tuesday, June 4, 2013

Sayangnya Allah Pada Kita


2 Malaikat & Sayangnya ALLAH Pada Hambanya..


Rasulullah s.a.w. ada bersabda, katanya, 'Setiap anak Adam akan dijaga oleh dua malaikat. Malaikat yang di sebelah kanan lebih berkuasa dari yang sebelah kiri. Sekiranya seseorang anak Adam melakukan dosa maka malaikat yang di sebelah kiri akan bertanya pada malaikat di sebelah kanan katanya, 'Apakah yang harus aku catit?"

Kata malaikat di sebelah kanan, 'Jangan kamu catit dahulu dosanya sehingga ia melakukan 5 kesalahan. Malaikat yang di kiri bertanya lagi,'Kalau ia telah melakukan 5 kesalahan, apa yang harus aku catitkan?"

Jawab malaikat kanan, 'Biarkannya, sehingga ia membuat kebaikan kerana kami telah diberitahu oleh Allah s.w.t bahawa satu kebaikan akan mendapat 10 pahala. Oleh itu hapuskanlah 5 kesalahannya yang lalu sebagai tebusan dan kami masih simpankan untuknya 5 pahala lagi."


Tercenganglah syaitan mendengarkannya lalu berkata,'Kalau macam ini sampai bilakah aku dapat merosakkan anak Adam."


Demikianlah rahmat Allah pada hambanya, kasih sayangNya melimpah ruah tiada terbatas hanya hambanya saja yang lalai dan leka dengan keseronokkan serta kemewahan dunia....

 Ya Allah bertapa kerdilnya kita disisi Allah...
Allah membanggakan kita depan para malaikat yang tidak berdosa..
Subhanallah bertapa sayangnya Allah pada kita..:')