2 Malaikat & Sayangnya ALLAH Pada Hambanya..
Rasulullah s.a.w. ada bersabda,
katanya, 'Setiap anak Adam akan dijaga oleh dua malaikat. Malaikat yang di
sebelah kanan lebih berkuasa dari yang sebelah kiri. Sekiranya seseorang
anak Adam melakukan dosa maka malaikat yang di sebelah kiri akan bertanya
pada malaikat di sebelah kanan katanya, 'Apakah yang harus aku catit?"
Kata malaikat di sebelah kanan,
'Jangan kamu catit dahulu dosanya sehingga ia melakukan 5 kesalahan. Malaikat
yang di kiri bertanya lagi,'Kalau ia telah melakukan 5 kesalahan, apa yang harus
aku catitkan?"
Jawab malaikat kanan, 'Biarkannya,
sehingga ia membuat kebaikan kerana kami telah diberitahu oleh Allah s.w.t
bahawa satu kebaikan akan mendapat 10 pahala. Oleh itu hapuskanlah 5 kesalahannya
yang lalu sebagai tebusan dan kami masih simpankan untuknya 5 pahala
lagi."
Tercenganglah syaitan
mendengarkannya lalu berkata,'Kalau macam ini sampai bilakah aku dapat
merosakkan anak Adam."
Demikianlah rahmat Allah pada
hambanya, kasih sayangNya melimpah ruah tiada terbatas hanya hambanya saja
yang lalai dan leka dengan keseronokkan serta kemewahan dunia....
Ya Allah bertapa kerdilnya kita disisi Allah...
Allah membanggakan kita depan para malaikat yang tidak berdosa..
Subhanallah bertapa sayangnya Allah pada kita..:')
No comments:
Post a Comment