JellyPages.com

Saturday, December 22, 2012

Buat Kamu Disana


Dari dulu..


Di saat pertama saya mengetahui kewujudan awak, Rasa kasih,minat dan sayang saya pada awak adalah kerana satu perkara.. Iaitu ilmu yang ada pada awak dan keindahan peribadi yang awak miliki..Cukup membuatkan saya tersenyum untuk sepanjang hari..=)

Dan sehingga kini, walau hari berubah ke minggu, dimakan dek bulan dan mencecah ke tahun..Rasa sayang saya pada awak tidak pernah berubah..Kerana dengan ilmu yang ada pada awak ..Telah membuatkan rasa cinta saya pada awak ternyata semakin utuh…

Dan saban hari saya berdoa agar hubungan kita tidak pernah berakhir melainkan dengan ketentuan ilahi..Semoga Allah akan kekalkan kasih sayang ini hingga ke syurga..Yang saya inginkan hanya satu, jagalah hubungan ini dengan kemanisan Iman dan janganlah kita mengadaikan maruah demi sebuah cinta yang belum pasti milik kita..

Biar kita jauh dari mata..namun dalam hati,kita sentiasa ada..saling bersatu dalam doa..Atas restu Allah ku ingin milikimu..Ku berharap kau menjadi yang terakhir untukku…  
Kepada Mu Allah, ku mohon segalanya....

Amin!!!


No comments:

Post a Comment