⊹⊱✿ DIALAH KEKASIH HATI SAYA..⊹⊱✿
Demi Allah,
Dia lah cinta hati saya..saya terlalu sayangkan Dia sampikan saya tak nak
berpisah dengan Dia walaupun 1 saat.. Dia pun sayangkan saya.Dia tak
pernah tinggal saya sorang – sorang tak
macam cinta saya sebelum ini. Semuanya
mengecewakan saya. Tapi bila dengan Dia
anytime, anywhere Dia tetap bersama saya.
Kekasih hati saya ni seorang yang penyayang. Bila saya minta tolong Dia datang terus jumpa
dengan saya tanpa tunggu lama. Baik kan
kekasih hati saya nie..sebab tu saya terlalu sayang dan cintakan Dia
sangat - sangat. Bila saya sedih dan ada masalah saya akan
mengadu dekat Dia, saya menangis puas – puas dekat Dia sehinggakan saya rasa tenang
bila bersama Dia.
Dengan kekasih hati saya
nie, DIA seorang yang loving,caring dan yang paling penting DIA tak pernah
sakitkan hati saya walaupun sekali. DIA
selalu pesan dekat saya kalau rindukan DIA hubungi DIA dengan talian 2,4,4,3,
4. Sweet kan kekasih hati saya nie.
Hanya DIA je yang tahu bertapa rindunya saya dekat DIA. Yang paling saya bahagia bila bersama DIA,
DIA sentiasa ada dalam hati saya.
Banyak sangat
DIA nasihat saya. Setiap nasihat yang
DIA bagi amat berguna untuk saya dan semua orang. Saya tak cemburu walaupun DIA baik dengan orang lain. Sebab saya cintakan DIA le saya tak sanggup kehilanggan DIA walaupun
saya terpaksa berkongsi kekasih yang sama dengan orang lain. Dia selalu pesan dekat saya, kalau saya
terlalu rindukan DIA bacalah buku yang DIA berikan. Macam – macam nasihat ada dalam tu sehinggakan
saya rasa tenang je bila baca buku dari DIA.
Tiap kali saya Solat saya tak pernah lupa baca buku kekasih hati saya
tu.
Sebelum nie saya pernah
bercinta tapi cinta saya tak kekal lama dan berakhir dengan kekecewaan. Tiap kali saya lemah DIA suruh saya kuatkan
diri dan hadapi dengan tabah, bila saya sedih DIA suruh saya senyumlah. Walaupun
DIA tahu saya ada kekasih lain DIA tak pernah cemburu dengan saya tapi
sebaliknya saya yang cemburu dengan DIA
kerana terlalu ramai yang ingin dapatkan cinta dariNya. Saya perlu bekerja keras dan berusaha
laksanakan semua perintah DIA dengan ikhlas.
Apa yang saya buat untuk kekasih hati saya nie mesti DIA akan bagi ganjaran. Sweet kan kekasih hati saya nie. Nie baru
dinamakan cinta sejati!!!
Satu lagi keistimewaan
kekasih hati saya ni. Kalau saya terjaga
pukul 2,3,4 pagi saya boleh terus hubungi DIA.
Setiap masa DIA ada untuk saya.
DIA tetap tunggu saya. Saya terlalu
rindu kekasih hati saya nie. Saya tak
sabar nak jumpa DIA. Kekasih hati saya
ni seorang yang pemurah sifatnya. Apa yang
saya minta mesti dapat. Tiap kali saya
buat salah DIA masih beri peluang untuk saya baiki kesilapan saya. DIA tak pernah menghukum saya. Bertapa baiknya kekasih hati saya nie kan.
walaupun saya
tahu semua sifat yang ada pada kekasih hati saya nie tapi saya belum pernah jumpa
DIA lagi. Sebenarnya saya belum bersedia untuk berjumpa dengan DIA. Kekasih hati saya pernah berjanji yang kami tetap
akan jumpa juga bila tiba masanya nanti.
Untuk berjumpa dengan kekasih hati saya ni, saya perlulah mempersiapakan
diri dengan amal ibadat untukNya. Nie baru
dinamakan cinta sejati sanggup berkorban demi kekasih hati yang tercinta!!!.
Kepada kekasih hatiku..aku berjanji akan terus pertahankan cinta suci ini walaupun nyawa tergadai. Sehingga saat ini, kita tak pernah berjumpa tapi aku tetap mencintaiMu setulus hatiku..DIALAH KEKASIH HATI KU..ALLAH S.W.T!!!!!!!!
No comments:
Post a Comment